suria

Pilih Qatar tuan rumah Piala Dunia 2022, Platini ditahan

Michel Platini.

BEKAS Presiden Kesatuan Bola Sepak Eropah (UEFA) Michel Platini ditahan di Perancis pada Selasa berhubung keputusan memberi hak penganjuran Piala Dunia 2022 kepada Qatar.

Platini, 63, digantung oleh FIFA daripada sebarang aktiviti bola sepak selama lapan tahun bermula 2015, selepas didapati bersalah menerima lebih dua juta Swiss Francs (RM7.96 juta) daripada Sepp Blatter, yang merupakan Presiden FIFA ketika itu.

Menurut Mediapart, Platini dibawa ke Pejabat Kehakiman Anti Rasuah Polis (OCLCIFF) di Paris.

Claude Gueant, bekas setiausaha agung dibawah Nicolas Sarkozy turut dipanggil untuk soal siasat.

Pada Disember 2010, pemilihan Qatar sebagai tuan rumah Piala Dunia 2022 mencetuskan kontroversi.

Kejohanan itu yang akan berlangsung pada Disember 2022 semasa musim panas di Qatar yang disifatkan berbahaya kepada pemain. - Metro.co.uk

Artikel Lain