Masalah hutang pasukan Liga M, "Ukur baju di badan sendiri"

Codina berharap semua pasukan di Liga Malaysia memiliki satu pelan perancangan kewangan yang kukuh.

PENGARAH Urusan La Liga Asia Tenggara, Ivan Codina berharap semua pasukan di Liga Malaysia (Liga M) memiliki satu pelan perancangan kewangan yang kukuh agar tidak terjebak dengan masalah tunggakan gaji sehingga menyukarkan pelan operasi mereka bagi jangka masa panjang.

Menurutnya, peraturan kawalan ekonomi yang diamalkan di La Liga boleh menjadi salah satu langkah membendung gejala pasukan berhutang namun ia bergantung kepada mentaliti serta sikap setiap pihak pengurusan.

Paling penting, setiap pasukan tidak boleh berbelanja daripada kemampuan yang mereka ada serta perlu melakukan pecahan perbelanjaan yang sewajarnya sebelum melihat pada aspek penggajian pemain.

“Setiap pasukan tidak boleh berbelanja daripada apa yang mereka ada kerana ia boleh menjerumuskan mereka kepada kecenderungan untuk tidak membayar gaji pada satu tahap.

“Ada kalanya mereka terpaksa menunggu dua hingga tiga tahun bagi menyelesaikan tunggakan gaji sehingga menjejaskan perancangan kewangan pasukan yang terpalit dengan masalah ini.

“Langkah kawalan ekonomi adalah cara membendung perkara ini daripada menjadi lebih parah dengan semua pasukan perlu menetapkan daripada awal berapa bajet bagi gaji pemain, kos operasi dan pengurusan.

“Semua pasukan perlu bekerjasama serta patuh dalam mengikut ketetapan yang telah diberikan sekiranya mahu melihat perkara ini dapat dijayakan sepenuhnya, ” katanya.

Malaysian Football League(MFL) dijangka perkenalkan peraturan kawalan ekonomi secara berperingkat mulai tahun depan dalam usaha memastikan semua pasukan tidak berdepan masalah kewangan dengan berbelanja di tahap minima.

Sebagai rekod, kawalan ekonomi yang telah digunapakai oleh La Liga sejak tahun 2012 telah terbukti berjaya menghapuskan hutang majikan ke atas pemain.

Selepas peraturan itu diperkenalkan, La Liga telah berjaya menghapuskan bebanan hutang pasukan bertanding sebanyak €90 juta (RM422.87 juta) pada 2012 kepada sifar pada tahun 2017 sekali gus berjaya menyelesaikan masalah kemelut gaji di antara pasukan dan pemain dalam tempoh lima tahun.

MFL dijangka akan laksanakan peraturan kawalan ekonomi secara tiga peringkat iaitu dengan langkah pertama iaitu menerangkan implikasi peraturan itu kepada pasukan selain manfaat jangka masa panjang yang akan diperoleh.

Peringkat kedua pula perlaksanaan sepenuhnya kawalan ekonomi tersebut dengan denda yang lebih rendah kepada pasukan yang gagal ikuti peraturan itu dan peringkat terakhir dengan memastikan semua pasukan tidak lagi berdepan sebarang masalah mematuhi ketetapan baharu itu demi kebaikan semua pemain.

Ivan Cordina, MFL, pasukan

Artikel Berkaitan

Klik

Wow! Usahawan dedah bagaimana SOP mampu jadikan bisnesnya lebih power

FRASA 'SOP' (Prosedur Operasi Standard) telah menjadi buah mulut dalam kalangan rakyat Malaysia sejak PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) dimulakan pada bulan Mac 2020.

Semua ada! Menu dunia, lokasi menarik lengkapkan pakej Australia... destinasi ‘wish list’ percutian anda

AUSTRALIA bukan sahaja mempunyai pelbagai lokasi menarik tetapi menawarkan pelbagai pilihan makanan halal yang cukup mudah diakses di mana sahaja.

Covid-19: Seminar Dr Azizan diteruskan secara online, tapi auranya ‘fuhhh’ macam buat dalam dewan besar - “Kami tak nak tangguh kejayaan anda”

PENULARAN wabak Covid-19 semakin meruncing berikutan peningkatan mendadak jumlah kes jangkitan virus itu di Malaysia.

Ayuh utamakan keselamatan pekerja! Jom sasar kurangkan kecederaan, penyakit di tempat kerja

KESELAMATAN dan kesihatan dalam kalangan pekerja perlu sentiasa menjadi keutamaan.

Kajian semula tarif IWK amat diperlukan untuk penjagaan alam sekitar dan kebersihan awam

DALAM usaha untuk mengekang penularan pandemik Covid-19 di seluruh dunia, banyak perniagaan yang terpaksa gulung tikar ketika tempoh PKP.

Artikel Lain