suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Juventus yakin atasi Real Madrid bawa masuk semula Pogba

Paul Pogba. Foto Reuters

JUVENTUS semakin yakin mereka dapat menandingi Real Madrid untuk membawa kembali Paul Pogba ke kelab itu.

Berita mengaitkan Pogba mahu keluar dari Manchester United hangat diperkatakan, dan Juventus yang merupakan kelab dinaungi Pogba antara 2012 dan 2016, kini memburu pemain itu.

Memetik laporan The Mirror, Juventus amat berminat untuk mendapatkan Pogba pada musim panas ini.

Membawa masuk Pogba akan mengurangkan kebergantungan Juventus terhadap Cristiano Ronaldo, meskipun Manchester United tidak mungkin menjual Pogba pada harga yang kurang daripada penilaian mereka sebanyak £150 juta (RM791 juta).

Selain Juventus, Real Madrid juga mahu mendapatkan Pogba menerusi rombakan pemain mereka pada musim panas ini.

Untuk rekod, Pogba menjaringkan 16 gol buat Manchester United pada musim lepas. - Daily Mail UK



Artikel Lain