suria

Real Madrid sedia tawar 3 pemain demi Pogba

Paul Pogba. Foto Reuters

REAL Madrid mempertimbangkan untuk menukarkan tiga pemain, bagi menarik perhatian Manchester United menjual Paul Pogba pada musim panas ini.

Kelab bola Sepanyol itu berusaha untuk membaik pulih skuad mereka susulan musim yang tidak begitu baik, apabila hanya menduduki tangga ketiga dalam La Liga.

Bukan setakat itu, pengaruh mereka sebagai juara Eropah selama tiga tahun musnah selepas berakhir pada 16 terakhir dalam Liga Juara-Juara.

Walaupun kelab di bawah bimbingan pengurus, Zinedine Zidane juga mahu nendapatkan Eden Hazard daripada Chelsea, ia turut berharap untuk menjadikan Pigba sebagai keutamaan mereka.

Difahamkan, tiga pemain yang dipertimbangkan untuk pertukaran Pogba adalah Gareth Bale, Isco dan James Rodriguez. - Daily Mail UK


Artikel Lain