suria

Mourinho pilih 6 pemain Liverpool sebagai terbaik Liga Juara-Juara, Ronaldo tak tersenarai

Jose Mourinho. Foto Twitter beinsports

JOSE Mourinho menamakan enam pemain Liverpool sebagai pilihan pasukan terbaiknya bagi Liga Juara-Juara tahun ini.

Bekas pengurus Manchester United itu menyifatkan kelab The Reds sebagai luar biasa.

Malah menurut beliau, kemasukan skuad itu ke final bukan sesuatu yang mengejutkan dengan kemenangan 2-0 ke atas Totthenham di Madrid pada Sabtu lalu.

Alisson yang memberi jaminan sebagai penjaga gol dalam aksi final merupakan pemain yang dipercayai Mourinho.

Mourinho juga memilih Trent Alexander-Arnold dan Andy Robertson serta Virgil van Dijk di benteng pertahanan.

Selain itu, Sadio Mane dan Mohamed Salah turut dipilih.

Bagi pemain bukan dalam pasukan Liverpool, antara yang disenaraikan Mourinho adalah Lionel Messi dari Barcelona.

Mourinho hanya memilih pemain yang mara ke peringkat separuh akhir perlawanan musim ini, bermakna trio Ajax Frenkie de Jong, Mathijs de Ligt dan Donny van de Beek juga disenaraikan.

Beliau berkata, ketiga-tiganya mempunyai personaliti yang bagus dan menjanjikan masa depan yang cerah.

Bekas pengurus itu enggan memilih dari pasukan di luar empat yang terakhir, bermakna pemain Juventus, Cristiano Ronaldo tidak disenaraikan sebagai pilihannya. 

Satu-satunya wakil Tottenham ialah Christian Eriksen. - Daily Mail UK

Artikel Lain