suria

Neymar disiasat atas dakwaan merogol seorang gadis di Paris, bapa anggap perangkap

Neymar didakwa merogol seorang gadis dalam keadaan mabuk.

SEORANG wanita mendakwa dirogol bintang Brazil, Neymar dalam keadaan mabuk di sebuah hotel di Paris.

Dakwaan terbaharu itu memberi tamparan hebat kepada Neymar yang sudah pun dilucutkan jawatan kapten dalam skuad kebangsaan bulan lalu.

Wakil Neymar tidak memberikan respons segera berhubung dakwaan itu.

Laman web Globo yang melaporkan berita itu berkata seorang wakil Neymar enggan mengulas lanjut sebaliknya mahu menunggu maklumat berhubung pertuduhan berkenaan.

Bapa kepada bekas bintang Barcelona itu, Neymar Sr dalam satu temubual bersama TV tempatan berkata:" Jika pendapat umum tidak dibersihkan dan jika kami tidak dapat menunjukkan kebenaran dengan segera, isu ini akan melarat.

"Jika kami perlu menunjukkan WhatsApps Neymar dengan gadis itu, kami akan melakukannya kerana sudah jelas ia dilihat sebagai satu perangkap," katanya.

Menurut laporan polis, wanita yang tidak dinamakan itu memberitahu pegawai penyiasat di Sao Paulo bahawa dia mengenali Neymar menerusi Instagram.

Malah Neymar turut didakwa mengajak wanita itu untuk bertemu di Paris, lokasi dia bermain untuk Paris St Germain.

Pembantu Neymar dilaporkan menghantar tiket penerbangan kepada wanita itu dan pada 15 Mei lalu dia mendaftar masuk di sebuah Hotel Sofitel Paris Arc Du Triomphe.

Wanita itu mendakwa Neymar tiba di hotel tersebut dalam keadaan mabuk.

"Namun pada satu ketika, Neymar menjadi agresif dan melakukan hubungan seks tanpa kerelaan mangsa," demikian menurut laporan polis itu. - TMZ.com

Neymar, rogol, Paris, Paris St Germain

Artikel Sebelum

Artikel Lain