suria

Model seksi serbu tengah padang cemari aksi final Liverpool-Spurs

Model seksi itu meluru masuk ke dalam padang secara tiba-tiba.

SEORANG penyokong wanita yang menceroboh masuk ke tengah padang mengganggu babak separuh masa pertama aksi final Liga Juara-Juara antara Liverpool dan Tottenham Hotspur, awal pagi Ahad.

Mohamed Salah meletakkan Liverpool didepan menerusi sepakan penalti sebaik dua minit perlawanan bermula di Wanda Metropolitano.

Namun perlawanan terpaksa dihentikan seketika pada minit kelapan selepas seorang wanita tiba-tiba meluru masuk ke tengah padang.

Wanita itu dikenali sebagai Kinsey Wolanski, seorang model yang mempunyai seramai 300,000 pengikut di Instagram.

Wolanski memakai baju berwarna hitam seolah-olah pakaian renang yang hampir menunjukkan bahagian kemaluannya ketika disaksi ribuan penyokong yang hadir.

Wanita itu kemudiannya diiringi keluar padang oleh pegawai perlawanan dan saingan diteruskan semula.

Pada perlawanan itu, Liverpool memenangi trofi berprestij tersebut buat kali keenam selepas menundukkan Spurs 2-0. - Metro.co.uk

Artikel Lain