suria

FSG tak bercadang jual Liverpool

PENGERUSI  Liverpool Tom Werner menegaskan pemilik kelab Fenway Sports Group (FSG) tidak bercadang untuk menjual pasukan finalis Liga Juara-Juara ini.

The Reds bakal berjuang buat kali pertama dalam era Jurgen Klopp dalam aksi akhir Liga Juara-Juara bertemu Spurs awal pagi Ahad di Madrid.

Klopp sebelum ini dikaitkan dengan juara Serie A Juventus, namun pengurus itu menganggap ianya mengarut.

Malah Werner sendiri menolak desas-desus pengendali kelahiran Jerman itu akan meninggalkan kelab.

"Kami tidak mahu berbincang situasi publisiti itu, lebih-lebih lagi menjelang final ini.

"Tetapi saya sedar anda tahu apa yang kami fikirkan terhadapnya.

"Kami sudah menyambung kontraknya. Apa yang kami boleh cakap adalah ia amat penting untuk dia berada di sini selama yang dia mahu.

"Kami percaya betapa komitednya dengan Liverpool," ujarnya. - onefootball

FSG, Liverpool, Tom Werner

Artikel Lain