suria

Ramos tetap di Bernabeau, " Saya harap Hazard datang"

Ramos nafi akan meninggalkan Bernabeu.

SERGIO Ramos secara jelas mahu Real Madrid mengikat bintang Chelsea Eden Hazard.

Hazard dijangka menyertai kelab gergasi Sepanyol itu dengan perpindahan lumayan dari Stamford Bridge selepas tiba di England pada 2012.

Pemain antarabangsa Belgium itu berada di tahun akhir kontrak bersama Chelsea dan Ramos berharap kaitan dengan pemain itu menjadi kenyataan.

Ramos turut dikaitkan akan meninggalkan Bernabeu selepas laporan mengenai hubungan dinginnya dengan presiden kelab Florentino Perez.

Namun, Ramos telah memberi jaminan kepada semua penyokongnya akan terus berada di Real Madrid.

"Eden Hazard adalah pemain top yang akan memberi boleh memberi banyak kepada kami. Saya harap dia datang.

"Saya berada di Real Madrid. Saya akan pergi bercuti dan akan tunggu dan lihat siapa yang akan tanda tangani kontrak dan tidak.

"Saya tidak menunggu untuk perbaharui kontrak. Saya gembira dengan apa yang ada dan berharap komen ini akan mengakhiri 'Ramos stuff'," ujarnya dalam satu sidang media pada Jumaat. - dailymail.co.uk

Artikel Lain