suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Rundingan untuk Hazard ke Real Madrid masih belum dipersetujui

Eden Hazard. Foto Getty Images

BOS Real Madrid akan mengadakan perbincangan secara bersemuka dengan pengarah Chelsea, Marina Granovskaia untuk memuktamadkan perpindahan Eden Hazard bernilai £100 juta (RM528.39 juta).

Kesepakatan untuk Hazard untuk memenuhi impiannya ke Sepanyol masih belum dipersetujui. 

Sportsmail difahamkan Real Madrid telah membuat tiga tawaran tidak rasmi semasa rundingan panjang itu. 

Kelab gergasi La Liga itu berharap perbincangan bersemuka akan membuktikan keutamaan mengenai perkara tersebut. 

Real Madrid berharap untuk memperkenalkan Hazard pada Isnin, tetapi rancangan itu mungkin terpaksa ditangguhkan melainkan sesuatu yang tidak dijangka berlaku tempoh 24 jam akan datang. - Daily Mail UK

Eden Hazard, Real Madrid, Chelsea

Artikel Sebelum

Artikel Lain