suria

Man City tambah koleksi trofi juara, benam Watford 6-0 final Piala FA

Pemain-pemain City menjulang trofi Piala FA selepas aksi akhir awal pagi Ahad.

PEP Guardiola yakin Manchester City telah sapu bersih semua piala domestik musim ini.

City berjaya menambah koleksi trofi juara ketiga musim dengan kemenangan 6-0 ke atas Watford pada aksi akhir Piala FA Inggeris di Stadium Wembley awal pagi Ahad, City.

Sebelum ini skuad Guardiola itu berjaya merangkul kejuaraan Piala EFL (Carabao) dan minggu lalu pertahankan trofi Liga Perdana Inggeris (EPL).

Guardiola akui gembira kejayaan musim ini namun bukan yang terbaik baginya. 

"Ini adalah musim baik bagi saya sebagai pengurus. Saya tidak cakap terbaik, tetapi salah satu daripadanya.

"Beraksi dalam semua perlawanan selepas apa yang telah dibuat oleh pasukan di negara ini dengan menjadi yang pertama.

"Saya suka Liga Juara-Juara tetapi ia lebih sukar untuk menjuarainya.

"Untuk organisasi dan pemilik City Sheikh Mansour dan semua pemain layak mendapat pujian yang sepatutnya.

"Kerana ia bukan mudah untuk bermain setiap tiga hari sekali - selepas melalui malam yang teruk," jelasnya.-Onefootball

Man City, Pep Guardiola, juara

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain