United patut tunjuk jalan keluar untuk Solskjaer -Nicol - Sukan | mStar

United patut tunjuk jalan keluar untuk Solskjaer -Nicol

Allegri diangpap calon sesuai gantikan Solskjaer.

MANCHESTER United patut menunjukkan jalan keluar kepada Ole Gunnar Solskjaer, ujar Steve Nicol.

Bekas pemain pertahanan Liverpool yang kini menjadi komentator di ESPN memberitahu, dia percaya situasi sekarang ‘bukan satu peraduan’.

Jelasnya, United perlu terus melantik bekas Massimiliano Allegri yang tidak lagi menguruskan Juventus musim depan.

“Saya tahu ada elemen ‘kemanusiaan' ada di sana. Tetapi betul ke?.

“Siapa yang kamu lebih pilih sebagai pengurus...Allegri atau Solskjaer?.

“Serius, ini bukan peraduan.”

Sejak menggantikan Antonio Conte pada 2014, Allegri konsistnen memberi hasil dalam Serie A dan turut membawa kelab dua kali ke pentas akhir Liga Juara-Juara.

Allegri sebelum ini memberi bayangan berminat untuk bekerja dalam Liga Perdana namun terbaharu dia meluahkan ingin bercuti seketika sebelum menyambung tugasnya.

Manakala Solskjaer yang berjaya memberi senyuman kepada penyokong-penyokong United gagal mengekalkan rentak pada akhir aksi liga yang menyaksikan mereka tamat di tangga keenam liga.

United menang dalam dua perlawamam dalam 10 terakhir yang membawa mereka beraksi dalam Liga Europa musim depan. -dailymail.co.uk

Allegri , Manchester United , Solskjaer

Artikel Berkaitan

Artikel Lain