Liga Super: Pahang, Perak kongsi mata - Sukan | mStar

Liga Super: Pahang, Perak kongsi mata

Skuad Perak sekadar mencatat seri tanpa jaringan ketika bertemu Pahang pada Ahad.

SKUAD Pahang sekadar mengutip satu mata apabila mencatat keputusan seri tanpa jaringan dengan Perak pada saingan  Liga Super di Stadium Darul Makmur.

Kedua-dua pasukan juga lebih banyak beraksi secara berhati-hati dengan hanya sesekali menguji benteng pertahanan lawan.

Pada minit ke-27, tuan rumah cuba mencipta gol awal menerusi kapten pasukan, Matthew Thomas Davies yang merembat dari dalam kotak penalti ke arah gawang Perak.

Bagaimanapun, cubaan itu berjaya ditangkap kemas oleh penjaga gol Perak, Khairul Amri Salehuddin.

Pada separuh masa kedua, Tok Gajah berusaha menggandakan serangan sehingga memaksa The Boss Gaurus  bekerja lebih keras mempertahankan kubu mereka.

Peluang terbaik tuan rumah diperolehi pada minit ke-53 melalui penyerang import, Saddil Ramdani yang melepaskan sepakan kencang ke arah pintu gol Perak, tetapi malangnya ia sedikit melepasi palang.

Pada minit ke-89, Saddil sekali lagi melakukan mencuba ketika keadaan kelam kabut dalam kotak penalti Perak, namun sepakan deras dilakukannya hanya melewati gawang.

Pahang kini menduduki tangga kedua liga di belakang JDT dengan 26 mata manakala Perak di tangga keenam dengan 18 mata selepas 14 perlawanan.-Bernama

Liga Super , Pahang , Perak

Artikel Sebelum

PSG rancang dapatkan De Gea percuma

Artikel Berkaitan

Artikel Lain