"Jangan ego!", KOM tegur jurulatih 'Speedy Jantan'

Karim Ibrahim

"JURULATIH olahraga tempatan jangan ego kalau nak tengok atlet melepasi tahap Asean," tegas Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM).

Presiden KOM, Datuk Karim Ibrahim memberitahu mStar , beliau sudah muak dengan sikap segelintir jurulatih tempatan yang enggan menerima pendapat orang lain.

"Negara kita ramai atlet pecut muda yang mempunyai peluang cerah ke peringkat yang lebih tinggi.

ARTIKEL BERKAITAN: 'The Flying Youth' Gelaran Buat Khairul Hafiz

ARTIKEL BERKAITAN: 'Usain Bolt Malaysia' ditemui! Jurulatih kata “perjalanannya masih jauh, jangan terlalu beri tekanan”

"Tetapi dengan adanya sikap jurulatih tempatan yang pentingkan diri, ia membuat atlet kita jadi mangsa keadaan.

"Ini adalah realiti. Contoh terdekat adalah pelumba muda Khairul Hafiz Jantan yang beberapa kali mengalami kecederaan.

"Ini disebabkan jurulatihnya (Mohd Poad Kassim) yang susah memberi kerjasama kepada kami untuk bantu dari segi perancangan latihan supaya lebih sistematik.

"Dia tidak pernah memberi laporan lengkap mengenai perancangan latihannya kepada kami secara profesional. Hanya dengan melalui mesej sahaja," jelas Karim mengenai atlet berusia 20 tahun itu serta kerenah jurulatihnya itu.

Khairul antara pelumba pecut muda negara.

Karim berkata, situasi ini amat berbeza dengan jurulatih negara lain yang sentiasa inginkan perubahan.

"Kita ambil contoh terdekat. Atlet pecut Indonesia, Lalu Mohamad Zohri antara yang terbaik dunia bagi kategori remaja.

"Mereka menggunakan khidmat jurulatih Amerika Syarikat dalam tempoh tertentu dan selepas itu ilmu tersebut akan digunakan oleh jurulatih tempatan.

"Begitu juga  Jepun, Thailand yang semakin baik. Semuanya menggunakan sentuhan pakar-pakar pecut dari Amerika," ujarnya.

Karim berkata, beliau tidak mahu situasi demikian berlaku kepada atlet muda yang semakin mendapat perhatian iaitu Muhammad Azeem Mohd Fahmi.

"Situasi Azeem berbeza kerana dia masih bersekolah. Kita akan pantau dia melalui jurulatih negerinya.

"Cuma saya harap setiap jurulatih negeri bersedia lepaskan atletnya untuk berguru dengan pakar-pakar yang lebih berpengalaman di peringkat tinggi.

"Kita tidak mahu tengok atlet ini berjaya di Sukan SEA sahaja," katanya.

Untuk rekod, Khairul atau dikenali 'Speedy Jantan' merupakan pemegang rekod 100 meter negara 10.18 saat serta pemenang pingat emas Sukan SEA 2017.

Karim, KOM, olahraga

Klik

Covid-19: Seminar Dr Azizan diteruskan secara online, tapi auranya ‘fuhhh’ macam buat dalam dewan besar - “Kami tak nak tangguh kejayaan anda”

PENULARAN wabak Covid-19 semakin meruncing berikutan peningkatan mendadak jumlah kes jangkitan virus itu di Malaysia.

Wow! Usahawan dedah bagaimana SOP mampu jadikan bisnesnya lebih power

FRASA 'SOP' (Prosedur Operasi Standard) telah menjadi buah mulut dalam kalangan rakyat Malaysia sejak PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) dimulakan pada bulan Mac 2020.

Kajian semula tarif IWK amat diperlukan untuk penjagaan alam sekitar dan kebersihan awam

DALAM usaha untuk mengekang penularan pandemik Covid-19 di seluruh dunia, banyak perniagaan yang terpaksa gulung tikar ketika tempoh PKP.

Semua ada! Menu dunia, lokasi menarik lengkapkan pakej Australia... destinasi ‘wish list’ percutian anda

AUSTRALIA bukan sahaja mempunyai pelbagai lokasi menarik tetapi menawarkan pelbagai pilihan makanan halal yang cukup mudah diakses di mana sahaja.

Ayuh utamakan keselamatan pekerja! Jom sasar kurangkan kecederaan, penyakit di tempat kerja

KESELAMATAN dan kesihatan dalam kalangan pekerja perlu sentiasa menjadi keutamaan.

Artikel Lain