suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Penyokong Liverpool campak orang awam dalam kolam air pancut sebelum perlawanan berlangsung

Paparan skrin rakaman berkenaan yang dimuat naik ke laman sosial.

PEMINAT pasukan Liverpool dirakam menolak beberapa individu ke dalam kolam air pancut.

Kejadian dikatakan berlaku di Barcelona menjelang perlawanan separuh akhir Liga Juara-Juara melibatkan pasukan itu.

Dua video yang dikongsi di media sosial ternyata menarik perhatian ramai.

Dalam salah satu video itu, seorang lelaki Asia ditolak ke dalam kolam.

Satu lagi video menunjukkan seorang lelaki Asia dicampak ke dalam kolam itu oleh seorang penyokong Liverpool yang sudah berusia.

Namun sehingga kini motif kejadian itu belum dikenalpasti lagi.

Malah, tiada bukti untuk mengatakan ia serangan berasaskan perkauman.

Pengguna Twitter turut menyelar tindakan penyokong pasukan itu. - Daily Star.

Liverpool, Liga Juara-Juara

Artikel Lain