suria

Tiga pemain bola melecur disimbah asid

Tega mengalami kecederaan parah akibat serangan asid itu.

TIGA pemain muda berbakat besar mengalami lecur yang teruk di muka dan badan akibat disimbah asid.

Tega Agberhiere, 17, berdepan risiko buta selepas dia dan rakannya menjadi sasaran dalam serangan asid oleh sekumpulan remaja.

Ibunya, Christie berkata Tega parah selepas sejenis cecair dipercayai asid dilemparkan ke arahnya dan beberapa keping gambar menunjukkan kecederaan dimuka dan mata yang serius dialaminya.

Dua rakannya dengan salah seorang daripadanya  dikenali sebagai Padraig Sullivan turut melecur dan dikejarkan ke Hospital Universiti Waterford untuk menerima rawatan.

Tega yang juga bermain untuk pasukan remaja Republik Ireland dipindahkan ke Hospital Universiti Cork untuk rawatan di unit pakar luka akibat melecur.

Padraig pula mengalami luka melecur di bahagian kaki manakala mangsa ketiga hanya luka di belakang badan.

Empat remaja ditahan pada Sabtu bagi membantu siasat insiden itu tetapi mereka dibebaskan tidak lama kemudian.

Polis meminta saksi yang berada di kawasan Earlscourt pada waktu kejadian supaya tampil bagi membantu siasatan kes itu. - Metro.co.uk

Artikel Lain