suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Sebar gambar mayat Sala, dua individu ditahan pihak berkuasa

Setakat ini, dua individu sudah ditahan berhubung penyebaran gambar mayat Sala.

DUA individu ditahan polis setelah gambar mayat pemain bola Emiliano Sala tersebar di internet.

Suspek lelaki dan wanita itu ditahan oleh detektif penyiasat selepas gambar bedah siasat pemain itu dikongsi di Twitter.

Foto itu kemudiannya dipadam dari laman sosial berkenaan.

Suspek pertama merupakan wanita berusia 48 tahun dari Corsham,Wiltshire, manakala suspek kedua merupakan seorang lelaki berusia 62 tahun dari Calne.

"Tiada bukti yang menunjukkan berlakunya pencerobohan rumah mayat dan tiada bukti bahawa kakitangan di sana yang terlibat," ujar pasukan polis Wiltshire.

Namun, polis juga tidak menolak kemungkinan jika benar ada pihak yang membuat pencerobohan sebelum merakam dan menyebar foto itu.

Siasatan lanjut masih lagi giat dijalankan.

Untuk rekod, pesawat yang dikendalikan David Ibbotson itu terhempas di perairan Selat Inggeris ketika dalam perjalanan dari Nantes menuju ke Cardiff pada Januari lalu. - Daily Mail.

Emiliano Sala, bedah siasat, mayat

Artikel Sebelum

Artikel Lain