suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Ramos bakal jadi pemain termahal di dunia?

PSG dikatakan berminat untuk mengikat Ramos setelah kontraknya dengan Real Madrid berakhir.

KERJAYA sebagai pemain bola sepak sememangnya menjanjikan pulangan yang lumayan.

Lihat sahaja Cristiano Ronaldo, Lionel Messi, Neymar dan beberapa pemain lain.

Terbaharu, Sergio Ramos juga dikatakan bakal menjadi pemain termahal di dunia.

Menurut laporan, kelab Paris Saint-German (PSG) berminat untuk mendapatkan khidmat Ramos tidak lama lagi.

Ramos kini diikat Real Madrid yang mana kontraknya bakal berakhir pada kempen tahun 2020.

Menurut perancangan, PSG mahu menamatkan khidmat Thiago Silva dan memberikan kontrak baharu kepada Ramos.

Jika ia menjadi kenyataan, tidak mustahil dia akan ditawarkan kontrak yang menjadikan dia pemain yang menerima bayaran paling mahal di dunia. - Soccer Laduma.

Sergio Ramos, PSG, Real Madrid

Artikel Lain