suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Zidane minta lembaga pengarah Madrid sambar Mane

Sadio Mane.

PENGURUS Real Madrid Zinedine Zidane meminta lembaga pengarah Los Blancos untuk mendapatkan khidmat bintang Liverpool Sadio Mane pada musim panas ini.

Zidane menyertai semua Madrid pada awal bulan ini, mengambil alih tugas Santiago Solar kurang 48 jam selepas tewas kepada Ajax dan akhirnya tersingkir daripada saingan Liga Juara-Juara.

Pengendali dari Perancis itu meninggalkan Santiago Bernabeu selepas mengemudi anak buahnya mempertahankan trofi Liga Juara-Juara musim lalu.

Sejak ketiadaan Zidane prestasi Madrid agak suram.

Susulan itu Zidane menerima suntikan dana sebanyak 250 juta pound sterling untuk dibelanjakan pada musim panas ini.

Zidane amat mengagumi bakat Mane yang turut ingin dibawanya menyertai Madrid sebelum dia membuat keputusan untuk meletak jawatan, Mac tahun lalu.

Mane yang dianggarkan bernilai sekitar 73 juta pound sterling menandatangani kontrak baharu bersama Liverpool tahun lalu.

Namun tawaran lumayan Madrid pastinya sukar ditolak mana-mana pemain dan Zidane dikatakan terdesak untuk membawa masuk Mane bagi memperkukuhkan semula pasukan itu. - Metro.co.uk

Sadio Mane, Zinedine Zidane

Artikel Lain