"Komitmen dengan kelab tidak benarkan saya bermain", Xavi tidak sertai aksi Catalonia-Venezuela - Sukan | mStar

"Komitmen dengan kelab tidak benarkan saya bermain", Xavi tidak sertai aksi Catalonia-Venezuela

Xavi tidak mendapat pelepasan majikannya untuk beraksi bersama Catalonia.

XAVI mendedahkan dia tidak dapat beraksi perlawanan Catalonia bertemu Venezuela kerana tidak mendapat kebenaran daripada kelabnya, Al Sadd.

Pemain tengah berusia 39 tahun itu kembali ke pentas  antarabangsa selepas bersara, namun Al Sadd melarangnya bermain untuk Catalonia, mewakili daerah Sepanyol.

Xavi menulis di Instagramnya: "Saya mengumumkan kekesalan kerana tidak dapat bermain di Montilivi pada Isnin, Catalonia-Venezuela.

"Komitmen bersama kelab tidak membenarkan saya bermain. Harap di lain masa, saya dapat bersama anda.

"Di Qatar anda akan menjadi yang pertama menyokong  pasukan kami."

Xavi yang bermain lebih 100 kali bersama Sepanyol, mencipta sejarah rangkul Piala Dunia pada 2010, trofi Euro 2012 dan mewakili Catalonia dalam 12 aksi sejak 1998.

Bekas rakan sepasukannya di Barcelona, Gerrard Pique turut kembali ke arena antarabangsa bagi aksi ini yang turut disertai pemain tengah Southampton Oriol Romue dan Martin Montoya (pertahanan Brighton).

Catalonia tidak berdaftar bersama Fifa atau Uefa namun masih boleh beraksi untuk perlawanan persahabatan.

Xavi menghabiskan kariernya bersama Barcelona dengan merekodkan 700 penampilan dan memenangi pelbagai trofi termasuk Liga Juara-Juara dan La Liga sebelum berpindah ke Al Sadd.-Dailymail.co.uk

Xavi , Al Sadd , Catalonia

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain