Kelayakan AFC B-23: Safawi tagih suara penyokong misi bertemu China

KAPTEN skuad Bawah 23 Tahun (B-23) negara, Muhammad Safawi Rasid menyifatkan penyokong sebagai sumber semangat untuk Malaysia menewaskan China pada aksi terakhir Kumpulan J Kelayakan Kejuaraan Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) B-23 2020 pada Selasa.

Penyerang Johor Darul Ta'zim (JDT) itu melihat aksi berdepan China ibarat perlawanan final dan sekiranya terdapat ‘bantuan' untuk Malaysia mengesahkan tempat ke pusingan akhir di Bangkok tahun depan, ia datang daripada penyokong.

Jelas Safawi, penyokong adalah satu daripada kelebihan dimiliki Malaysia sepanjang kempen kelayakan itu yang bermula sejak Jumaat lepas.

“Sejujurnya bagi saya kita ada banyak kelebihan...kita dapat beraksi di laman sendiri dengan sokongan penyokong sendiri. Perlawanan dengan China ini ibarat final, jadi saya dan kawan-kawan berharap kehadiran penuh penyokong ke stadium pada perlawanan itu,” katanya.

Dalam aksi menentang Laos semalam, Muhammad Safawi menceriakan hampir 10,000 penyokong di Stadium Shah Alam selepas menjaringkan gol kemenangan menerusi sepakan percuma pada minit ke-81 untuk membantu Malaysia mencatat kemenangan 1-0.

Pada masa sama, beliau menggesa rakan sepasukan bangkit untuk mengutip tiga mata penuh apabila berdepan skuad kendalian bekas pengurus Real Madrid dan Chelsea, Guus Hiddink itu nanti.

“Bagi saya dan rakan-rakan sepasukan kami akui ia (aksi menentang Laos) satu persembahan yang tidak memuaskan. Jadi berdepan China nanti, kami akan bangkit dan bermain dengan lebih baik daripada hari ini (Ahad) dan layak ke pusingan akhir,” tambahnya.

Sebagai rekod, China mengatasi Malaysia 2-1 dalam aksi persahabatan sebelum menghadapi Sukan Asia 2018 Jakarta-Palembang, Ogos tahun lepas yang menjadi pertemuan terakhir kedua-dua pasukan.

Kemenangan ke atas China esok akan memastikan Malaysia mara ke pusingan akhir secara automatik dan dijangka berdepan peluang tipis mengesahkan slot jika gagal menundukkan China.- Bernama

Safawi, AFC, B23

Klik

Jom senyum bersama tersayang sambil menonton banyak pilihan prabayar sepanjang Ramadan, Syawal... hanya di NJOI Prepaid!

TIGA pilihan pek baharu bersama 16 saluran ala-carte untuk pelanggan NJOI sepanjang Syawal ini.

Sedih tak dapat beraya di kampung? Jom hidupkan suasana raya, menu Syawal boleh dihidang di mana-mana... Pek Ceria Raya kan ada!

TAK dapat balik kampung! Barangkali begitulah yang luahan dan keluhan kebanyakan kita yang menyambut 1 Syawal kali ini.

Tak ada idea nak masak apa? Ini 5 program memasak menarik untuk anda tune in, no.2 paling kecoh!

LIMA program masakan terbaik yang boleh anda tonton secara streaming di Astro GO

Semuanya di hujung jari anda... bawakan senyuman buat mereka yang kurang bernasib baik, itulah kempen Raya HLB

HONG Leong Bank dan Hong Leong Islamic Bank (HLB atau Bank) memperkenalkan kempen 'Jauh Di Mata, Dekat Di Hati' sebagai salah satu usaha membantu golongan kurang bernasib baik.

Artikel Lain