suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Dihulur jersi Real Madrid, Ronaldo bergurau gesa penyokong miliki kit Juventus

CRISTIANO Ronaldo memberikan beberapa pose terbaik dan menandatangani autograf untuk peminatnya ketika keluar bersama pasukan Portugal.

Pemenang lima kali Anugerah Ballon d'Or itu diserbu penyokong sambil berjalan kaki bersama dengan rakan sepasukannya.

Ronaldo turut bergurau dengan salah seorang penyokongnya yang memintanya untuk menurunkan tandatangan pada jersi Real Madrid.

"Anda perlu memiliki jersi Juventus sekarang," kata Ronaldo dalam nada berseloroh.

"Saya ada, saya ada! Cuma saya tidak bawanya bersama dengan saya," kata penyokong tersebut.

Pemain berusia 34 tahun itu kini sedang mempersiapkan diri untuk aksi bertemu Serbia pada kelayakan Euro 2020, Isnin. - Dailymail.co.uk

Cristiano Ronaldo, Juventus

Artikel Lain