Pochettino sebak sebaik tiba di White Hart Lane, "Teruja, impian jadi kenyataan" - Sukan | mStar

Pochettino sebak sebaik tiba di White Hart Lane, "Teruja, impian jadi kenyataan"

MAURICIO Pochettino terlalu gembira menyaksikan stadium Tottenham yang baharu siap dinaik taraf dan dibuka secara rasmi pada Ahad.

Stadium White Hart Lane yang bernilai 1 bilion paun (RM5.3b)  dengan kapasiti 62,062 penyokong dirasmikan dengan perlawanan pasukan Bawah 18 Tahun yang menyaksikan Spurs mengalahkan Southampton 3-1 di depan kehadiran 28,987 penonton.

Pochettino tiba di stadium bersama pengerusi Daniel Levy.

Mauricio Pochettino

"Ia sangat luar biasa. Sangat sukar untuk gambarkan dalam beberapa perkataan. Kami semua sama. Sangat teruja.

"Saya mengalami perasaan yang sama ketika meninggalkan White Hart Lane, dan kini kami menangis pada hari pertama di sini.

"Hari pertama di stadium, kami berkongsi emosi yang sama, kami menangis lagi kerana mimpi kami menjadi kenyataan," jelasnya.

Tambah Pochettino, penghargaan harus diberikan kepada Levy kerana dia satu-satunya individu yang percaya impian ini akan tercapai.


"Dia layak menerima tepukan gemuruh dan semua ahli lembaga pengarah serta mereka di belakang tabir, yang bekerja keras untuk menjadikan ini satu kenyataan.

"Dan buat semua penyokong, terima kasih kerana sabar dan sejak dua tahun lalu, berpindah ke Wembley dan kini sudah kembali ke rumah sendiri.

"Kita kini berada dalam kedudukan terbaik dalam Liga Perdana dan semua tahu cabaran sengit dalam aksi suku akhir Liga Juara-Juara namun dengan 62,000 orang penyokong,  kita mampu jadikan impian untuk ke separuh akhir, kenapa tidak?," ujarnya.

Tottenham telah beraksi di Satdium Wembley sejak Ogos 2017 dan mencatat rekod tanpa kalah ketika berakdi di satdium ini pada kempen 2016-17.-Dailymail.co.uk

White Hart Lane

Artikel Lain