suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kedah hormat PKNP, anggap perlawanan pertama sukar

KEDAH tidak akan memandang rendah skuad Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP) apabila turun sebagai pasukan pelawat bagi perlawanan pertama Liga Super di Manjung pada Sabtu malam.

Ketua Jurulatihnya, Aidil Sharin Sahak berkata, perlawanan pertama bagi kedua-dua pasukan itu merupakan pertembungan penting selepas skuad yang bertanding melakukan persiapan terbaik.

Menurutnya, perlawanan itu juga adalah ujian sebenar untuk pemain Kedah khususnya selepas kemasukan pemain baharu bagi merebut kejuaraan musim ini.

"Perlawanan pertama adalah perlawanan sukar untuk mana-mana pasukan kerana kita belum tahu setakat mana kekuatan lawan dan skuad kita sendiri.

"Sebanyak 10 perlawanan pertama selepas ini juga akan mencerminkan kekuatan pasukan dan pemain perlu beraksi dengan baik mengikut perancangan dan latihan sebelum ini.

"Kita tidak boleh memandang rendah walaupun siapa lawan kita dan yang penting pemain memberi sepenuh perhatian serta beraksi sebaik mungkin untuk mendapatkan tiga mata," katanya.

Aidil Sharin memberitahu, semua pemain kini berada dalam keadaan bersedia untuk perlawanan pertama itu dan beliau yakin mampu membawa pulang kemenangan.

Jelasnya, walaupun skuad Kedah dalam fasa membentuk persefahaman di kalangan pemain, namun selepas melalui perlawanan pramusim, pemain telah memberikan kerjasama yang baik di atas padang dengan baik.

"PKNP telah menunjukkan kemampuan mereka sejak musim lalu, khususnya dalam saingan Piala FA, oleh itu pemain tidak boleh selesa dan perlu bermain dengan baik.

"Kita tidak boleh biarkan kesilapan menghukum kita, lebih lagi dalam perlawanan pertama ini. Kedah akan turun kesebelasan terbaik bagi memastikan kita pulang dengan tiga mata," ujarnya.


  

Kedah, PKNP, Aidil

Artikel Lain