suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

United dijangka lantik Solskjaer sebagai pengurus tetap jika menang ke atas PSG

Woodward (kanan) bertemu dengan Solksjaer minggu lalu dan memuji pengurus itu telah menjalankan tugasnya dengan baik.

MANCHESTER United dijangka bersedia untuk menawarkan tugas tetap kepada Ole Gunnar Solskjaer sekiranya dia berjaya menumpaskan Paris Saint-Germain (PSG) dalam aksi Liga Juara-Juara.

Sejak kehadirannya di Old Trafford, Solskjaer telah merakam lapan kemenangan dan satu seri dalam sembilan perlawanan.

Ternyata pengurus sementara itu telah memberi perasaan menyenangkan kepada semua selepas memecat Jose Mourinho Disember lalu.

Namun sebelum itu, ujian besar menunggu Solskjaer dengan dua aksi Eropah bertemu juara liga Perancis.

United bakal bertemu dengan PSG pada Selasa, 12 Februari ini sebelum terbang ke Paris bagi aksi timbal balik pada 6 Mac.

Mengikut laporan The Sun, Ketua Eksekutif Ed Woodward sangat teruja dengan Solskjaer sejak melantik pengurus dari Norway itu untuk tempoh pendek sehingga tamta musim ini.

Woodward dikatakan turut melawat Solskjaer minggu lalu dan memuji menjalankan tugas dengan baik. -Dailymail.co.uk

Artikel Sebelum

Artikel Lain