suria

Fellaini tinggalkan Old Trafford, mula langkah baharu di China

MAROUANE Fellaini sah meninggalkan Manchester United.

Manchester United mengesahkan pemain tengah itu berpindah ke kelab Liga Super China Shandong Luneng Taishan dengan nilai 10.4 juta pound.

Pemain antarabangsa Belgium itu bakal menerima gaji 235 ribu pound seminggu dan bersedia untuk bertemu rakan sepasukan baharunya hujung bulan ini bagi persiapan kempen liga bermula Mac ini.

"Terima kasih kepada semua yang bekerjasama sepanjang saya berada Di Manchester United.

"Saya mempunyai kawan-kawan yang hebat dan berharap mereka dan kelab akan terus sukses di masa depan," tulis Fellaini di Instagramnya.

Pemain berusia 31 tahun itu sangat teruja untuk memulakan langkah baharu dalam kariernya selepas diketepikan dalam skuad utama pengurus sementara Ole Gunnar Solskaer.

Musim lalu dia telah menyambung kontraknya di Old Trafford sehingga  2020 dan merupakan salah seorang kunci barisan utama ketika di bawah pengurusan Jose Mourinho.-Dailymail.co.uk

Marouane Fellaini

Artikel Lain