suria

Peminat Real Madrid berang, anggap Ronaldo lupa diri sejak sertai Juventus

Ronaldo berkata dia lebih gembira di Juventus. FOTO: Fox Sports

SEMENJAK meninggalkan Real Madrid dan menyertai Juventus pada musim panas lalu, Cristiano Ronaldo seolah-olah cuba menyampaikan sesuatu berhubung kelab lamanya.

Malah, dia seperti memendam sesuatu yang kurang disenanginya sewaktu berada dalam pasukan itu.

Baru-baru ini, peminat Real Madrid berang dan menyifatkan kenyataan yang diberikan tidak sepatutnya keluar dari mulut Ronaldo.

Ia berikutan kata-kata Ronaldo yang seolah-olah membandingkan kelab baharunya.

"Tak patut saya namakan secara spesifik tapi inilah kelab terbaik pernah saya sertai.

"Di sini kita satu pasukan, di tempat lain, ada pemain rasa dia lagi besar dari pemain lain.

"Di sini, semua satu level dan merendah diri serta berazam untuk sama-sama menang," kata Ronaldo.

Tambah Ronaldo, situasi itu jauh berbeza dengan Real Madrid dan dia menyifatkan hubungan natara pemain di Juventus seperti sebuah keluarga.

"Pada saya, bagus untuk merasai kelainan. Di Madrid pun mereka merendah diri, tapi di sini jauh lagi bagus.

"Sangat berbeza, sini seperti keluarga," katanya lagi.

Kenyataan Ronaldo turut menarik perhatian presiden Real Madrid, Florentino Perez.

Malah, dia seolah-olah cuba menyangkal kata-kata kurang enak dari Ronaldo.

Sebelum ini, Ronaldo pernah memberi bayangan bahawa Perez merupakan antara sebab kenapa dia meninggalkan kelab itu. - Express.Co.UK.

 

 

 

 

Artikel Lain