suria

Buku kisah hidup Khabib diterbitkan dalam 6 bahasa, istimewa untuk peminat seluruh dunia

Buku autobiografi Khabib yang bakal dilancarkan tidak lama lagi. FOTO: RT/Instagram / khabib_nurmagomedov

KISAH hidup petinju terkenal dunia, Khabib Nurmagomedov bakal dibukukan dalam autobiografi berjudul #KhabibTime.

Malah, segala cerita mengenai perjalanan juara Lightweight dunia itu bakal menemui peminat di seluruh dunia apabila buku itu diterbitkan dalam enam bahasa berbeza.

"Buku itu sedang diterjemah dan prosesnya sudah dimulakan.

"Kami menjangkakan versi bahasa Inggeris akan siap pada Februari depan, ramai yang menanti khususnya di negara-negara yang majoritinya berturut dalam bahasa Inggeris," ujar penulis bersama buku itu, Zaur Kurbanov.

Menurut Zaur, selain bahasa Inggeris, ia juga akan diterjemah dalam bahasa Arab, China, Hindi dan Turki.

Malah, mereka juga merancang untuk menerbitkan dalam versi Belanda pula.

Buku itu memiliki ketebalan 300 muka surat dan mengambil masa selama dua tahun untuk ditulis.

"Apabila kami mula menulis buku itu dua tahun lalu, saya tak pernah terfikir saya akan jadi juara dunia dalam tempoh itu.

"Lebih manis, saya juga berjaya menewaskan nama-nama besar dalam tempoh itu," kata Khabib.

DIa turut mengumumkan perihal buku berkenaan menerusi laman Instagram miliknya.

Pada Oktober lalu, Khabib berjaya menewasan Conor McGregor dalam perlawanan yang berlangsung di Las Vegas. - Rt.Com.

 

Artikel Lain