suria

Guardiola tidak jadikan alasan tewas berpunca daripada ketiadaan Aguero, De Bruyne

Guardiola tidak menyalahkan ketiadaan pemain sebagai punca kekalahan pasukannya. - Reuters

KEKALAHAN Manchester City kepada Chelsea tiada kena mengena dengan ketiadaan Sergio Aguero dan Kevin De Bruyne, menurut Pep Guardiola.

Permulaan tanpa kalah City musim ini berakhir dengan kekalahan 2-0 ke atas Chelsea sekaligus menjadikan mereka berada di bawah Liverpool di puncak Liga Perdana Inggeris.

Guardiola kehilangan pemain utamanya tetapi bos City itu percaya prestasi pasukannya lebih baik daripada kemenangan 1-0 musim lalu di Stamford Bridge.

"Ia selalu berlaku apabila mereka tidak berada di sini. Ketika kami menang, tiada siapa yang bertanya kepada saya tentang pemain yang tiada di sini.

"Sudah tentu saya lebih suka bersama dengan Aguero, Kevin, [Benjamin] Mendy dan semua orang, tetapi pemain lain membuat persembahan luar biasa hari ini.

"Jika ada orang yang boleh memberi jaminan bahawa kita akan menang sekiranya mereka bermain... (hakikatnya) tiada siapa yang tahu," katanya pada sidang media selepas perlawanan tersebut.

Liverpool kini mempunyai kelebihan satu mata ke atas pasukan Guardiola, tetapi jurulatih dari Catalonia itu berkata bahawa ia terlalu awal untuk bercakap mengenai siapakah yang menjadi kegemaran baharu untuk meraih gelaran juara.

"Kita berada pada bulan Disember, jika anda memberitahu saya bahawa Liverpool boleh memenangi Liga Perdana, saya akan mengatakan 'ya.'

"Jika anda memberitahu saya Tottenham, Arsenal atau Chelsea boleh memenanginya, saya akan berkata 'ya'," tambahnya. - ESPN

Pep Guardiola

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain