“Ini lebih gila daripada penyokong Vietnam!” - Sukan | mStar

“Ini lebih gila daripada penyokong Vietnam!”

Ribuan para penyokong Pasukan Malaysia beratur untuk membeli tiket menjelang Perlawanan Akhir Piala AFF Suzuki 2018 di Stadium Bukit Jalil Hari ini pada Ahad. - Bernama

MENJELANG pertemuan pertama final Piala AFF Suzuki 2018, Malaysia menentang Vietnam di Stadium Nasional Bukit Jalil, situasi di stadium keramat Harimau Malaya itu pagi tadi mendapat perhatian seorang wartawan Vietnam.

Memetik laporan Foxsports, Tran Van Trung, wartawan akhbar Nghe An yang bertugas untuk membuat liputan aksi final itu ternyata kagum dengan situasi sebelum proses penjualan tiket di kaunter stadium dibuka pada pukul 9 pagi.

Katanya, beliau tidak pernah menyaksikan semangat kegilaan penyokong Harimau Malaya mendapatkan tiket seperti penyokong di Vietnam.

“Saya tak pernah lihat suasana ini, orang ramai beratur sejak tengah malam, beberapa jam sebelum daripada kaunter dibuka. Ini lebih gila daripada penyokong Vietnam!

“Saya harap kesemua mereka yang beratur berjaya membeli tiket seterusnya dapat menyaksikan perlawanan yang hebat di Bukit Jalil.” katanya.

Van Trung turut menjelaskan proses penjualan tiket di negaranya di mana penjualan secara fizikal hanya dibuat ketika saingan di peringkat kumpulan.

“Bagi aksi separuh akhir dan perlawanan akhir, semua tiket dijual secara online,” katanya. - Sinar Harian

Piala AFF Suzuki 2018

Artikel Berkaitan

Lebih Artikel