suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Anak buah Mourinho tunjuk taring, Lukaku jaring gol pertama selepas 9 bulan

Aksi Romelu Lukaku menjaringkan gol pertama buat Manchester United selepas sembilan bulan. Foto REUTERS

ANAK buah Jose Mourinho akhirnya menunjukkan 'taring' apabila Manchester United menewaskan Fulham dengan 4-1 dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris, awal pagi Ahad.

Kesemua gol itu membantu membawa kelab Old Trafford ke kedudukan keenam dalam liga.

Pemain Asheley Young memberikan gol pembukaan seawal minit ke-13 dengan Juan Mata menggandakan mata pada minit ke-28.

Sementara itu, Romelu Lukaku menjaringkan gol pertamanya di Old Trafford sejak Mac lalu, masih mendahului kedudukan dengan 3-0.

Bagaimanapun, pemain pasukan lawan, Aboubakar meraih gol dari kedudukan penalti selepas Ander Herrera tersungkur di dalam petak penalti.

Gol keempat Manchester United kemudian disempurnakan menerusi aksi Marcus Rashford.

Manchester United kini berada kedudukan keenam dengan 26 mata, di belakang Arsenal di tangga kelima dengan 34 mata. - Mail Online

Artikel Lain