suria

Schumacher makin pulih, tonton Hamilton raih kejuaraan Grand Prix dari rumah

Todt mendedahkan dia melawat Schumacher dua kali sebulan. FOTO: AP:ASSOCIATED PRESS

HAMPIR lima tahun menyepi akibat kemalangan ski, berita mengenai perkembangan kesihatan legenda F1, Michael Schumacher mula dibicarakan sejak November lalu.

Dia kini dikahabarkan semakin sihat setelah berehat panjang akibat koma dan mengalami kecedereaan trauma otak dalam insiden sekitar 2013.

Terbaharu, bekas boss Ferrari, Jean Todt, 72, mendedahkan Schumacher sempat menonton detik kejuaraan Lewis Hamilton menerusi siaran televisyen di rumahnya, di Switzerland baru-baru ini.

Menurut Todt, dia menziarahi Schumacher di Gland dan sempat menonton Hamilton menewaskan Max Verstappen dan Kimi Raikkonen dalam acara Grand Prix Brazil.

"Saya sentiasa berhati-hati dalam bercakap mengenai sesuatu, tapi benar, baru-baru ini saya menonton Grand Prix Brazil dengan Schumacher di rumahnya," ujar Todt.

Todt menjadi pengurus di Ferrari dari tahun 2000 hingga 2004 dan sepanjang tempoh itu, Schumacher sempat memenangi lima kejuaraan Grand Prix.

Mereka berdua bersahabat baik dan Todt mendedahkan, dia melawat Schumacher dua kali sebulan.

"Gambar Schumacher digantung di dalam pejabat dan rumah saya. Detik bersama Schumacher adalah yang paling hebat dalam hidup saya," ujar Todt lagi.

Michael, 49, bersara pada 2012 dan disifatkan sebagai pelumba F1 paling berjaya dalam sejarah. The Sun.UK.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain