suria

ONE Championship: Pertama kali masuk 'kandang', misi knockout Jordan Boy menjadi!

Mohammed (kiri) melepaskan tumbukan padu kepada lawannya Mikkios pada aksi ONE Super Series Muay Thai, Jumaat malam.

KUALA LUMPUR: Mohammed Mahmoud mengotakan janji untuk melakukan knockout pada perlawanan Muay Thai ONE Super Series yang berlangsung Jumaat malam.

Mohammed atau digelar ‘Jordon Boy’ yang pertama kali muncul di 'kandang' ONE Championship ini mengakui berasa gugup sebelum perlawanan berrmula antara dia bertemu The Greek Dynamite’ Mikkios.

“Aksi sulung di gelanggang besar bersama lawan yang terkenal membuatkan saya sedikit gementar. Tetapi sebaik sahaja melangkah ke dalam gelanggang, saya mulakan dengan baik.

“Saya ketepikan perasaan gentar dengan membalas setiap serangan. Sebelum ini saya sudah meneliti gerak langkah Mikkios dan ternyata tidak ada yang berubah taktiknya.

“Dan lebih mengejutkan saya tidak sangka serangan menggunakan siku membuatkan dia terus rebah.

“Saya memang susah nak guna siku memandangkan lebih kepada tumbukan. Ia sesuatu yang baharu buat saya,” jelasnya kepada mStar Online selepas perlawanan.

Kemenangan Jordon Boy itu ternyata mengembirakan seluruh penonton yang hadir memenuhi Axiata Arena ini, malah turut diraikan ahli keluarganya yang datang memberi sokongan kepada kepada atlet berusia 22 tahun ini.

Seorang lagi wakil wanita negara, Jihin 'Shadow Cat' Radzuan yang beraksi dalam kategori ONE Atomweight ternyata tidak mengecewakan.

Jihin bertemu dengan Jenny 'Lady GoGo' Huang dari Taiwan memberikan pelbagai kombinasi pergerakan kaki dan menunjukkan pergelutan pertahanan yang hebat, malah turut melakukan serangan yang bijak.

Jihin menang bergaya ke atas lawannya dari Taiwan.

Ketiga-tiga pengadil tidak teragak-agak menghadiahkan kemenangan kepada Jihin dengan keputusan sebulat suara.

Satu lagi perlawanan melibatkan peserta negara turut membuatkan stadium bergegar dengan suara penyokong dengan penampilan Agilan 'Alligator' Thani.

Bagaimanapun Agilan gagal menyekat serangan pantas daripada Kiamrian Abbasov dari Kyrgyzstan menghabiskan perlawanan pada pertengahan pusingan pertama.

Selain itu aksi ONE Destiny Of Champions ini turut menampilkan lagenda Muay Thai, Yodsanklai yang mendominasi terhadap lawannya Luis Regis dari Australia untuk memenangi knockout pusingan pertama.

Yodsanklai keluar dari pintu pagar secara agresif dan memberikan tekanan kepada Regis dari luar gelanggang.

Kombinasi pergerakan satu-dua mencederakan Regis diikuti tiga uppercut dari dalam yang tidak dibalas dan menjatuhkan pemain lawan.

Sebanyak 11 perlawanan melibatkan pelbagai kategori bagai perlawanan akhir series ONE Championships musim ini.

ONE Championship, Jordan Boy, Jihin

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain