suria

Ibarat bola melekat di kaki, Mbappe puji Hazard sebagai pemain terbaik dunia

Mbappe meluahkan rasa kagumnya terhadap Hazard. FOTO: Sport360

BINTANG muda berbakat besar, Kylian Mbappe menamakan pemain Chelsea, Eden Hazard sebagai pemain terbaik yang pernah ditemuinya.

Ujar Mbappe, dia begitu kagum dengan corak permainan Hazard dan gembira dapat bertemu dengannya dalam beberapa perlawanan sebelum ini.

"Saya kagum dengan kepantasan dia menyudahkan jaringan, dia pemain terbaik yang pernah bermain menentang pasukan saya.

"Sewaktu di Belgium misalnya, pada separuh akhir, dia sangat hebat.

"Di padang, saya hanya lima meter dari Hazard, memang kagum tengok dia kawal bola. Ibarat bola melekat di kakinya," ujar Mbappe kepada France Football.

Pengakuan Mbappe itu turut menamatkan teka-teka ramai bahawa dia menganggap Ronaldo atau Messi sebagai pemain terbaik apabila dia akhirnya memilih Hazard.

Dalam pada itu, Mbappe kini mendahului senarai penjaring terbaik dengan catatan 12 jaringan dalam Liga 1.

Selain itu, dia turut merangkul trofi Kopa bagi pemain bawah 21 terbaik tahun ini sewaktu malam gala Ballon d'Or baru-baru ini. - Soccer Laduma.

 

Eden Hazard, Kylian Mbappe

Artikel Lain