suria

Gagal pamer aksi terbaik, Pogba dianggap seperti 'penumpang' dalam MU

Pogba dikritik kerana prestasi hambar yang dipamerkannya. FOTO: Red Devil Armada

BEKAS pengerusi Liga Juara-Juara, Simon Jordan turut senada dengan pengendali Manchester United (MU) mengenai bintang kelab itu, Paul Pogba.

Ia berikutan aksi lemah Pogba yang dianggap seperti 'penumpang' dalam pasukan itu dan tidak bermain sepenuh hati, seperti yang didakwa Mourinho.

"Sesiapa yang membawa Pogba masuk ke kelab ini, saya rasa macam nak hantar mereka balik naik teksi sahaja.

"Kalau ikutkan hati, tanpa berfikir panjang, dalam sekelip mata saya akan jual Pogba," ujarnya

Simon sebelum ini menjadi pengerusi Eagles selama 10 tahun sebelum melepaskan jawatan itu pada 2010.

Tambahnya lagi, dia menyifatkan Pogba seperti seorang yang lemah tubuh badan dan sudah tidak mempunyai kata-kata untuk pemain itu.

Sebelum ini, Pogba hebat dikritik oleh pengendali pasukan itu, Mourinho.

Ujar Mourinho, Pogba dianggap seperti virus yang menjangkiti pasukan mereka.

Lebih teruk, Pogba turut dimarahi Mourinho dihadapan pemain-pemain lain sehingga memalukannya. - Express.UK.

Artikel Lain