suria

ONE Championship: Subba siap sedia, Jordon Boy mahu hadiahkan 'knockout' aksi pertama

Gianni Subba

PETALING JAYA: Ganni Subba antara peninju flyweight terbaik negara yang bakal bersaing pada kejohanan ONE: Destiny of Champions di Bukit Jalil, Jumaat ini.

Gelanggang Axiata Arena pastinya bakal merakam kenangan tersendiri buat atlet negara itu biarpun sedar lawan yang bakal dihadapinya bukan calang-calang.

Subba bakal bertemu jaguh gusti dari China, Ma Hao Bin yang lebih dikenali 'The Southern Eagle'.

"Hao Bin adalah lawan yang muda dan kuat. Dia mempunyai kehebatan pergerakan dan kardio. Saya juga merasakan beliau sangat agresif.

"Teruja untuk menguji pergerakan saya terhadapnya.

"Saya sudah membuat rapi persiapan di Kuala Lumpur dan juga dengan kumpulan MMA Bali," ujarnya yang berusia 26 tahun.

Jelas Subba, dia sedar pihak lawan juga mahukan yang terbaik pada pertemuan ini.

"Saya sudah bekerja keras dalam semua aspek permainan seperti serangan, cengkaman. Saya harap dapat memberikan persembahan terbaik di gelanggang.

"Saya ingin meningkatkan saingan dalam perlawanan ini dan merebut kemenangan. Saya tahu pihak lawan akan melakukan perkara sama, jadi saya harus bersedia," katanya yang mempunyai rekod sembilan menang dan tiga kalah.

Selain itu, seorang lagi atlet negara Mahmoud Mohammed atau Jordon Boy begitu teruja menyertai kejohanan sulung ONE Championship ini.


"Saya berbangga diberi penghormatan untuk berjalan seiring dengan hero Malaysia, mereka yang selama ini saya sokong dan teladani.

"Saya anggap diri saya sebagai atlet teknikal yang sentiasa menunjukkan kesabaran dalam menyerang dan pertahanan.

"Sebaik saja saya mendapat gambaran mengenai lawan, pada waktu itulah saya akan cuba mencari peluang dan memanfaatkannya.

"Untuk perlawanan pertama, saya akan memberikan penonton persembahan yang baik dan membawa pulang 'knockout'," ujarnya penuh yakin.

Mahmoud bakal beraksi dalam kategori Super Series Muay Thai-Bantamweight.

One Championship, Jordon, Subba

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain