Neymar beri bayangan beraksi dalam Liga Perdana Inggeris - Sukan | mStar

Neymar beri bayangan beraksi dalam Liga Perdana Inggeris

NEYMAR mengakui setiap pemain hebat akan beraksi dalam Liga Perdana Inggeris (EPL).

Bintang Paris Saint-Germain (PSG) itu seakan memberi bayangan berminat untuk pindah ke England.

Sebelum ini Neymar sentiasa dikaitkan kelab EPL, Manchester United dan Manchester City.

Neymar kini masih berada dalam kontrak bersama PSG selama lima tahun selepas perpindahan dengan rekod dunia 222 juta euro dari Barcelona tahun lalu.

Namun dia tetap membuka 'pintu' jika ada peluang ke England.

"Ia persaingan yang besar. Salah satu yang terbaik di dunia.

"Kita tidak tahu apa yang terjadi esok, tetapi saya percaya setiap pemain hebat, sekurang-kurang satu hari akan bermain dalam Liga Perdana.

"Jika anda bermain di sana, saya harap anda akan menikmati Liga Perdana kerana anda layak dan terbaik. Peluk dan terima kasih!," jelasnya ketika menjawab pertanyaan pemain pertahanan Manchester City Benjamin Mendy jika ada peluang bermain dalam Liga Perdana.

Sepanjang bersama PSG, Neymar merakam 11 gol dalam aksi Ligue 1 dan 15 dalam semua kejohanan sekali gus menyaksikan musim yang baik buat kelab itu.

Neymar , PSG , Liga Perdana

Artikel Berkaitan

Lebih Artikel