suria

"Ada sesuatu yang saya tidak dapat daripada pemain"

Jose Mourinho

JOSE Mourinho mendakwa ada beberapa perkara yang dia tidak dapat daripada pemain-pemain Manchester United selepas seri 2-2 ke atas Arsenal pada Rabu.

Maurinho sebelum ini turut mengkritik skuadnya selepas terikat 2-2 di Southampton Sabtu lalu dan mempersoalkan komitmen yang ditunjukkan oleh anak buahnya itu.

"Ya betul ada petunjuk positif tetapi ada sesuatu yang masih saya tidak dapat daripada mereka. Saya tidak boleh beritahu lebih daripada itu, tetapi jiwa...semua orang bagi segalanya.

"Saya tidak boleh nyatakan kepada kamu selebihnya. Saya lebih selesa memberitahu bahawa saya gembira dengan seluruh jiwa serta komitmen dan keberanian," ujarnya kepada  BT Sport.

Pada aksi bertemu The Gunners itu, United memulakan perlawanan tanpa Paul Pogba dan Romelu Lukaku yang berada di bangku simpanan.

Bagaimana pun, Mourinho turut memuji semangat pemain-pemainnya tetapi bukan kualiti yang dipamerkan dalam permainan.

Jose Mourinho, Manchester United

Artikel Lain