suria

Southampton pecat Hughes!

Mark Hughes

SOUTHAMPTON memecat Mark Hughes selepas hanya mencatat satu kemenangan dalam 14 perlawanan Liga Perdana musim ini.

The Saints berada di zon penyingkiran dan jatuh dua mata selepas seri 2-2 kepada Manchester United pada Ahad.

Penolong pengurus Mark Bowen dan pembantu skuad Eddie Niedzwiecki  turut meninggalkan kelab.

Kelvin Davis akan mengambil alih tugas pasukan pada perlawanan menentang Tottenham Rabu ini.

"Kami ingin mengucapkan penghargaan kepada Mark dan stafnya di atas usaha sepanjang berada di St Mary.

"Pencarian untuk pengurus baharu kelab sedang berjalan," jelas kenyataan kelab.

Hughes mengambil alih kelab ini pada Mac lalu dan berjaya menyelamatkan skuad daripada tersingkir ke zon penyingkiran dengan mencatat kemenangan ke atas Swansea musim lalu.-Dailymail

Southampton, Mark Hughes

Artikel Berikut

Artikel Lain