suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Mourinho berang Pogba tak main sepenuh hati, kurang fokus

Pogba dikatakan kurang fokus. FOTO: talkSPORT

TIDAK fokus dan kurang komitmen, begitulah kritikan yang berterusan dilemparkan kepada bintang Manchester United (MU), Paul Pogba.

Terbaharu, dia sekali lagi berhadapan kritikan serupa apabila gagal menunjukkan kesungguhan sewaktu pasukan itu menentang Crystal Palace, Selasa.

Malah, perkara itu diakui sendiri oleh Jose Mourinho.

Menurut Mourinho, Pogba seolah-olah tidak bermain sepenuh hati dan dia begitu kecewa dengan pemain itu.

Menerusi perlawanan yang berakhir tanpa jaringan itu, Pogba dibawa masuk pada 22 minit terakhir.

Sewaktu perlawanan itu juga, Pogba terlupa membuka rantai leher dan sempat berlari ke tepi untuk menyerahkannya, menyebabkan dia dikritik gara-gara tindakan itu.

Menurut sumber dalaman kelab itu, bukan Mourniho sahaja malah rakan sepasukan yang lain turut kecewa dengan prestasi lemah Pogba yang kurang fokus.

Malah, dia dilaporkan mengarahkan seorang pendandan rambut untuk memotong rambutnya pada Jumaat malam, sewaktu semua pemain lain sedang sibuk dan fokus untuk perlawanan seterusnya.

"Orang-orang di sekeliling pemain bola terlalu memanjakan mereka, lindugi mereka, beri semua yang diminta.

"Pada pendapat saya, banyak bagi muka, banyak pula alasan yang diterima," katanya yang menyifatkan Pogba seperti anak yang terlalu dimanjakan. - Daily Mail.

Paul Pogba, Jose Mourinho

Artikel Lain