suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Aksi hebat selepas pulih kecederaan, Neymar bantu PSG tumbangkan Liverpool

Neymar (kiri) dan Mbappe (kanan) FOTO: Getty Image

BINTANG Paris Saint-German (PSG), Kylian Mbappe dan Neymar pulih sepenuhnya dari kecederaan dan kini mula beraksi semula untuk pasukan itu.

Perkara itu disahkan sendiri oleh pengurus PSG, Thomas Tuchel.

Menurut pengurus PSG, Thomas Tuchel, pertemuan dengan Liverpool menjadi aksi pertama dua bintang itu selepas berehat lama dari kecederaan.

Neymar.

"Mereka kini seratus peratus bersedia untuk kembali bermain selepas berehat akibat kecederaan sewaktu beraksi untuk pasukan kebangsaan masing-masing," ujarnya.

Tambahnya lagi, dua pemain itu juga sudah memulakan latihan sejak Isnin lalu.

Menerusi pertembungan dengan Liverpool pada Rabu, PSG mencatat kemenangan dengan dua jaringan berbalas satu.

Dalam perlawanan itu, Liverpool memerima enam kad kuning, manakala PSG dilayangkan dua kad kuning.

Kadua-dua jaringan PSG disumbangkan oleh Neymar manakala jaringan tunggal Liverpool disumbangkan oleh James Milner. - Goal/BBC

 

PSG, Liverpool

Artikel Lain