suria

'Mo Salah sudah kembali sepenuhnya, PSG sila hati-hati" - Jurgen Klopp

Mo Salah. FOTO:EPA/EFE

PENGENDALI Liverpool, Jurgen Klopp meluahkan keyakinannya terhadap Mo Salah dan memberi amaran kepada Paris Saint-German agar berwaspada dengan kemaraan mereka.

Malah katanya, Mo Salah kini kembali hebat dan dia yakin pemain kelahiran Mesir itu mampu membantu pasukan mereka, lebih garang di padang.

"Badannya dah kembali 100 peratus, fizikal yang dia boleh harapkan," ujar Klopp ringkas sewaktu diaju mengenai bintang itu.

Jurgen Klopp.

"Biarpun sebelum ini Mesir pulang awal dalam Piala Dunia, Mo Salah bermain antara 94 hingga 95 peratus biarpun dia sedang mengalami kecederaan bahu.

"Musim ini dia memerlukan masa untuk badannya serasi. Masih pemain yang hebat dan mampu memberi ancaman namun kurang dalam sumbangan jaringan," katanya.

Bagaimanapun, persepsi negatif itu memudar setelah Salah dilihat kembali mendapat rentaknya, minggu lalu.

Selepas hanya menjaringka tiga gol dalam 11 penampilan musim ini, dia sudahpun menambah catatan sehingga tujuh jaringan untuk Liverpool.

Perubahan drastik itu membuktikan bahawa dia merupakan 'game changer' yang mampu menjaringkan gol apabila khidmatnya ditagih pasukan.- Mirror.UK.

Mo Salah, Jurgen Klopp

Artikel Lain