suria

Dikaitkan bakal sertai Chelsea, ini jawapan Higuain!

Gonzalo Higuain.

GONZALO Higuain menegaskan dia gembira bersama AC Milan meskipun timbul spekulasi Chelsea masih berminat mendapatkan khidmatnya pada musim panas akan datang.

Penyerang Argentina itu yang dipinjamkan Juventus ke Milan, menjaringkan tujuh gol dalam 13 penampilannya bersama kelab Itali itu musim ini.

Pemain berusia 30 tahun itu dikaitkan dengan perpindahan ke Chelsea pada musim panas lalu kerana Pengurus Maurizio Sarri amat mengagumi bakat Higuain yang pernah bekerjasama dengannya semasa di Napoli.

Menurut laporan, Sarri masih berminat untuk membawa masuk Higuain ke Stamford Bridge bagi memantapkan jentera serangan anak buahnya.

Ditanya mengenai spekulasi mengenai masa depannya, Higuain berkata:"Saya terbaca banyak perkara."

"Saya tidak marah atau kecewa. Saya amat gembira dan begitu juga kelab," katanya.

Bulan lalu, Sarri mengakui kecewa apabila gagal menyambar khidmat Higuain pada musim panas lalu.

"Higuain adalah sebahagian mekanisme hebat yang kami cipta, kami memahami antara satu sama lain dengan baik.

"Saya terlepas peluang berharga untuk mendapatkan Higuain. Saya merinduinya kerana dia sentiasa menjaringkan gol sehingga hari dia menutup mata," katanya. - Metro.co.uk

Gonzalo Higuain, Chelsea

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain