suria

Kontrak Santos ditamatkan, Kafa tunggu status rayuan lesen kebangsaan

PETALING JAYA: Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) menamatkan kontrak penyerang kelahiran Brazil Cristiano Santos.

Presiden Kafa, Bibi Ramjani Ilias Khan mengesahkan perkara tersebut dalam satu kenyataan kepada media lewat malam Khamis.

"Kafa ingin mengucapkan terima kasih kepada pemain import, Cristiano Santos di atas khidmatnya bersama pasukan pada musim 2018," ujarnya.

Santos mengikat kontrak bersama pasukan pada penghujung jendela perpindahan kedua musim ini selepas berpindah dari kelab Morocco, Hassania Agadir.

Pemain berusia 30 tahun itu tiba di Kota Bharu pada 15 Jun lalu.

Sementara itu, Bibi turut memaklumkan status rayuan lesen kebangsaan dan AFC 2019.

Bibi Ramjani

"Kafa dimaklumkan oleh FAM berkenaan Status Instance Body (FIB) bahawa kami tidak mendapat kelulusan kedua-dua lesen berkenaan dan perlu mematuhi kriteria kewangan serta menyelesaikan tunggakan hutang yang dilaporkan Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA).

"Ekoran itu, Kafa berusaha dengan segera menyelesaikan perkara itu dan menghantar surat rayuan kepada Badan Perlesenan Kelab FAM pada 15 Oktober 2018 untuk pertimbangan.

"Keputusan permohonan rayuan itu belum diterima pihak Kafa dan berharap Badan Perlesenan Kelab FAM dapat menilai permohonan tersebut dengan sewajarnya," jelasnya.

Sebagai rekod, Kelantan hanya satu-satunya daripada 12 pasukan  yang gagal mendapat lesen kebangsaan bagi membolehkan mereka beraksi pada Liga Super 2019.

Cristiano Santos, Biubi Ramjani

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain