suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Perpindahan Ronaldo, kecederaan pemain utama punca Real Madrid lemah

PERPINDAHAN Cristiano Ronaldo ke Juventus nampaknya memberi kesan kepada pasukan Real Madrid.

Jika sebelum ini, Ronaldo menjadi ayam tambatan mereka. Kini mereka seoalah-olah hilang pemain yang menjadi harapan utama.

Malah, ramai yang beranggapan kelemahan permainan Real Madrid tampak lebih jelas selepas perpindahan pemain sensasi itu.

Real Madrid barru-baru ini sekadar berpuas hati di tangga ke-4 dalam La Liga dan sekadar meraih 12 gol sahaja.

Selain Ronaldo, kecederaan pemain seperti Marcelo, Dani Carvajal dan Isco turut menjadi punca kelemahan prestasi pasukan itu.

"Ceritanya senang sahaja kalau ada satu sebab sahaja. Namun ia tidaklah semudah itu.

"Apa yang pasti, mereka kurang meledak gol dan kurang mendapat peluang. Ada sesuatu yang tidak kena.

"Pemergian Ronaldo memulakan aksi goyah pasukan itu. Namun kecederaan pemain utama turut memberi kesan," ujar pakar bola sepak Sepanyol, Guillem Balague.-Express.UK.

Cristiano Ronaldo

Artikel Sebelum

Dier dipuji, Ramos dikritik

Artikel Berikut

Real Madrid hubungi Conte

Artikel Lain