suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Real Madrid hubungi Conte

REAL Madrid dilaporkan mula membuat rundingan dengan Antonio Conte.

Bekas pengendali Chelsea itu menjadi pilihan untuk menggantikan pengurus Julen Lopetegui.

Lopetegui kini berada dalam tekanan berikutan gagal meraih kemenangan dalam empat perlawanan akhir liga, malah tiada sebarang gol yang rakam sekaligus merekodkan musim terburuk selepas tahun 1985.

Sportitalia dan Corriere dello Sport mendedahkan pengarah Real Madrid telah menghubungi Conte pada Isnin lalu.

Sementara itu, Conte pula telah mengambil tindakan undang-undang terhadap The Blues berikutan pemecatan yang tidak adil apabila enggan membayar penalti 10 juta pound selepas pelantikan Maurizio Sarri di Stamford Bridge.

Antonio Conte, Real Madrid

Artikel Lain