suria

Dier dipuji, Ramos dikritik

TWEET Sergio Ramos menerusi Twitter miliknya ternyata mencetuskan perdebatan antara peminat Tottenham Hotspur dan England.

Ia berikutan aksi dalam perlawanan baru-baru ini yang mana Eric Dier berjaya menepis kemaraan Sergio.

Dalam aksi itu, Ramos menerima kritikan apabila dikatakan cuba mencederakan pemain itu.

Susulan itu, dia memuat naik bukti rakaman video di Twitter bagi menghentikan kritikan ramai.

Namun, lain pula jadinya apabila ramai yang membalas dengan kata-kata kecaman terhadap pemain itu.

Dalam satu laporan berlainan, Dier turut mendedahkan perbualannya dengan Ramos selepas insiden itu.

"Kami bertemu selepas perlawanan dan dia mengucapkan tahniah.

"Ianya sangat penting untuk menghormati mereka dan mana-mana pasukan namun sejurus permainan bermula, kami akan jadi agresif dan bekerja dengan bersungguh-sungguh," ujar Dier.

Dalam pada itu, pengendali Tottenham, Mauricio Pochettino berkata, dia begitu bangga dengan aksi yang dipamerkan oleh Dier.

Malah, dia juga turut berpuas hati dengan prestasi yang dipamerkan oleh Harry Kane, Harry Winks, Kieran Trippier dan pemain-pemain lain.

"Iya sudah semestinya saya sangat bangga.

"Saya rasa mereka beraksi dengan cemerlang. Persembahan mereka sangat hebat," ujar Pochettiono.-Express.UK/HITC.

Sergio Ramos

Artikel Lain