suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Bale dedah Real Madrid lebih santai tanpa Ronaldo

GARETH BALE mendakwa Real Madrid bekerja lebih sebagai pasukan sejak Cristiano Ronaldo meninggalkan kelab itu.

Juara lima kali Ballon d'Or tersebut berpindah ke Juventus pada musim panas dengan nilai £88 juta (RM478 juta), menamatkan tempoh sembilan tahun kariernya di ibu kota Sepanyol.

Semasa di Los Blancos, Ronaldo menjaringkan sebanyak 451 gol dalam 430 penampilan dan memenangi dua gelaran La Liga serta empat trofi Liga Juara-Juara.

Penghijrahan Ronaldo membuka ruang kepada Bale mendapat lebih banyak masa bermain untuk membuktikan kemampuannya kepada Real.

Lelaki Welshman itu mencatat tiga jaringan dan membantu dua gol dalam empat perlawanan musim ini.

Pemain berusia 29 tahun itu mendedahkan bahawa keadaan lebih santai di kelab itu selepas Ronaldo keluar, dan mengaku bahawa ia sudah berbeza.

Bale memberitahu The Daily Mail: "Jelas sekali ia akan jadi sedikit berbeza daripada mempunyai pemain berbakat besar di sana.

"Ia mungkin sedikit lebih santai, ya. Saya rasa terdapat lebih banyak kerja berpasukan, lebih banyak bekerja sebagai satu unit berbanding satu pemain." - Mirror UK

Gareth Bale, Cristiano Ronaldo

Artikel Lain