suria

Mourinho mahu Shaw kekal di Old Trafford

BOS Manchester United Jose Mourinho mahu mengikat Luke Shaw dengan kontrak baharu bagi memastikan pemain itu kekal di Old Trafford.

Shaw dilihat semakin cemerlang musim ini sepanjang berada di bawah pengurusan Mourinho.

Pemain pertahanan kiri itu juga turut dipanggil membarisi skuad England dan menjadi tumpuan.

Malah Mourinho juga secara terbuka  turut mahu memberi kontrak baharu kepada Juan Mata, Andre Herrera dan Ashley Young.

"Saya harap mereka akan kekal. Kami ada perbincangan musim lepas mengenai Maroune Fellaini dan saya memberitahu, 'Saya harap dia kekal, saya percaya dia di sini,' dan kini saya memberitahu ayat yang sama.

"Saya gembira dengan pemain-pemain, juga David (De Gea), tidak perlu perkataan lain," jelas Mourinho.

Luke Shaw, Jose Mourinho

Artikel Lain