suria

Sarri yakin Hazard boleh ledak 40 gol musim ini

EDEN Hazard membantu kemenangan Chelsea 4-1 ke atas Cardiff City dengan menjaringkan hatrik.

Pengurus The Blues Maurizio Sarri yakin Hazard akan mengumpul 40 gol dalam aksi musim ini.

Kemenangan ini menyaksikan Sarri menjadi pengurus keempat melakar kemenangan kelima dalam aksi Liga Perdana musim ini dengan penuh bergaya.

"Semalam saya ada memberitahunya 'untuk saya anda akan jaringkan 40 gol.

"Tetapi dia perlu mengurangkan tenaga ketika jauh daripada pintu gol dan bermain dalam jarak 25 meter di padang.

"Saya yakin dia boleh mengurangkan tenaga dan menjaringkan dengan jarak 50 dan 60 meter gol lawan.

"Dalam keadaan ini, dia telah menggunakan banyak tenaga, dan boleh menggunakan lebih pada jarak 25 meter," ujar Sarri.

Jelas Sarri, dia tidak ragu-ragu dengan kebolehan Hazard.

"Ketika sampai di sini, saya fikir dia pernah menjadi antara yang terbaik di Eropah, namun kini saya berubah fikiran. Mungkin dia yang terbaik. Dia boleh meningkat lagi."

Kemenangan ini menyaksikan Chelsea berada di kedudukan teratas liga, diikuti Liverpool yang turut menang 2-1 ke atas Spurs.

Eden Hazard, Hatrik

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain